Hi darlings,
Hari ni i nak share lagi mengenai Food Purifier..and uolls nak tau my mom stay with me and she always cook sometime when i am busy with appointment.Suprisingly dia sendiri tau nak guna..lagipun memang friendly user pun..she is 64 takkan orang muda macam kita tak reti kan..hehehehe
MEnu hari ni ayam masak merah.Kalau korang nak tau bila kita purified ayam ni..baunya masyaallah memang hanyir..ingatkan ayam busuk rupanye proses purifikasi.ewwwwww....
Ada yang bertanya apa yang bagus sangat BIOZONE ni?oklah let me share antara sebab-sebabnya.
Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk purifikasi
sayur-sayuran dan daging?
* sayuran,buah-buahan,seafood hanya 15 minit masa diperlukan untuk purifikasi
*Ayam,Daging masa diperlukan hanya 30 minit
*masa maksimum 45 minit bole dugunakan untuk kegunaan mandian atau kegunaan peti sejuk.
Tambahan pula, terdapat fungsi sanitasi ON / OFF selama 3 minit untuk satu liter air. Fungsi sanitasi ini dapat menyingkirkan bakteria pada permukaan makanan dengan cepat tanpa menggunakan air. Sekiranya anda mempunyai air yang berlebihan, anda boleh menggandakan masa berkadaran dengan kuantiti air anda. Isipadu air yang maksimum ialah 10 liter, sementara masa purifikasi adalah selama 30 minit.
Apakah yang akan berlaku sekiranya batu seramik atau
tiub silikon pecah?
*Sila beli dan gantikan dengan satu set baru yang terdiri
daripada batu seramik dan tiub silikon.
Mengapakah saya perlu menjalankan penyelenggaraan
selepas 2 tahun pembelian?
Juruteknik akan membuka BIOZONE Food Purifier untuk
memeriksa dan membersihkan bahagian-bahagian
dalaman termasuklah penentukuran dengan tujuan
memastikan BIOZONE Food Purifier dapat beroperasi
secara optimum dan bertahan lebih lama.
Adakah saya memerlukan masa purifikasi yang lebih lama
sekiranya saya mempunyai banyak makanan?
BIOZONE Food Purifier direka khas untuk penggunaan di
rumah sahaja. Andaikan anda mempunyai 3-4 hidangan
ayam, masih memadai untuk anda menggunakan masa
selama 30 minit untuk purifikasikan daging, asalkan anda
mengikuti peraturan isipadu air maksimum, iaitu 10 liter.
Adakah ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak?
Tidak. Ia hanya menggunakan kuasa elektrik yang
minimum iaitu 35W sahaja, bagaikan anda menyalakan
sebiji mentol di rumah.
Bagaimanakah caranya untuk mencuci batu seramik?
Cabutkan tiub silikon dari mesin. Gunakan berus
gigi dan gosok permukaan batu seramik dengan
lembut di bawah air yang mengalir. Selepas itu,
biarkan ia kering. Anda juga boleh
mengeringkannya sekali-sekala di bawah
sinaran matahari. Sekiranya ada bau busuk,
anda boleh purifikasikan batu seramik dengan
air bersih selama beberapa minit, kemudian
biarkannya kering.
Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses
purifikasi?
Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang
dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan
nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan
sekiranya anda menggunakan alat purifikasi yang berada
dalam keadaan baik. Namun, jika anda menggunakan
teknologi yang konvensional, ia mungkin akan
mengurangkan sebahagian besar nutrien dalam makanan.
Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas
proses purifikasi?
Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses
purifikasi. Namun, sekiranya anda rasa perlu untuk
mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi,
anda boleh menggunakan air yang ditapis untuk
mengelakkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di
dalam air paip.
Berapa lamakah BIOZONE Food Purifier boleh bertahan?
Selepas dua tahun yang pertama, ia boleh bertahan
asalkan anda menjalankan penyelenggaraan ke atas
mesin tersebut setiap tahun sekali.
Mengapakah saya tidak boleh menggunakan bekas plastik?
Apakah jenis mangkuk-mangkuk lain yang boleh
digunakan?
Bukan semua plastik adalah bahan perintang ozon. Secara
umumnya, kami tidak menggalakkan anda menggunakan
mangkuk plastik. Adalah cara terbaik sekiranya anda
menggunakan mangkuk keluli tahan karat atau mangkuk
kaca.
Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Food Purifier untuk
membersihkan botol susu bayi?
Umumnya, kami tidak menggalakkan proses purifikasi
secara terus ke atas plastik. Anda boleh purifikasikan air
dengan menggunakan bekas kaca atau keluli tahan karat,
kemudian menggunakan air yang telah dipurifikasi
tersebut untuk membersihkan botol susu bayi.
Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia
tidak kelihatan pada sayur-sayuran?
Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun
serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan
gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran.
Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih
lazim dijumpai pada daging. Kebanyakan asid lemak
mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh
badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia
sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di
mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang
mungkin memudaratkan kesihatan badan.
Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging
semasa proses purifikasi?
Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang
kesan antibiotik, namun dalam proses purifikasi selama
30 minit ini, laporan daripada kajian makmal
menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai
selepas proses purifikasi.
Adakah gelembung akan hilang sepenuhnya sekiranya
saya menjalankan purifikasi untuk jangka masa yang lebih
panjang?
Kemungkinan untuk gelembung hilang sepenuhnya adalah
sukar sekali kerana lemak hanya akan disingkirkan
melalui proses purifikasi apabila jangka masanya lebih
panjang. Kesannya, lebih banyak nutrien akan hilang.
Maka, kita tidak menggalakkan purifikasi daging untuk
jangka masa yang lebih panjang.
Sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan terapung
semasa proses purifikasi. Apakah yang perlu saya
lakukan?
Anda cuma perlu menutup mangkuk dan tinggalkan satu
ruang kecil untuk membenarkan tiub silikon untuk
melaluinya, dan pastikan penutup tersebut bukan
diperbuat daripada bahan plastik.
Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat
melakukan proses purifikasi 100%?
Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food
Purifier dapat purifikasikan bahan kimia 100%. Objektif
kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak
mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan.
Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE
Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita
mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi
bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk
purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang
telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara
maju.